Jabatan Imigresen menambah bilangan hari bekerja pada Sabtu dan Ahad di 20 pejabat pengeluar pasport yang mengalami kesesakan ketara bagi mengatasi isu pengeluaran pasport.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selepas ancaman COVID-19 semakin reda, kadar permohonan pasport dalam kalangan rakyat adalah tinggi mengakibatkan kesesakan di pejabat pengeluar pasport terutama di Lembah Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here