SEPANG, 7 Mac – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan 62 penerbangan tambahan pada tambang tetap ke tujuh destinasi di Sabah dan Sarawak bermula 19 hingga 30 April ini sempena Aildilfitri ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata harga tiket ditawarkan ialah RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri; dan RM249 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu.

“Jumlah tempat duduk tersedia ialah 11,400,” katanya pada sidang media di sini hari ini, selain menambah tempahan boleh dibuat bermula hari ini hingga 30 April ini untuk perjalanan bermula 19 hingga 21 April dan 20 hingga 30 April ini.

Loke berharap syarikat penerbangan lain mencontohi langkah AirAsia khususnya semasa tempoh perayaan bagi membolehkan lebih ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here