KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan untuk mengembalikan ‘era kegemilangan’ negara sebagai antara pengeksport utama telur seperti lima tahun lepas menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan bekalan telur negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kolaborasi antara kementerian dan pihak pengusaha industri telur mampu memberi impak positif kepada semua pihak dengan memberi keuntungan kepada penternak dan pada masa yang sama mengurangkan beban kenaikan harga yang dihadapi pengguna.

“Benar lima hingga enam tahun lalu Malaysia merupakan pengeksport telur, kita akan kembali ke era itu. Insya-Allah kita akan jayakannya dengan cara membantu, berdialog dan berbincang dengan pengusaha-pengusaha telur yang besar seperti di Selangor.

“Mereka juga memberikan respon positif bahawa mereka berupaya pergi ke arah itu dan perkara ini sedang kita usahakan bersama pengusaha telur,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

“Kementerian sedang dalam usaha mempergiatkan sektor pertanian jagung bijirin dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan bagi sektor penternakan tempatan sekali gus memulihkan harga ayam dan telur di pasaran.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here