KUALA LUMPUR, 9 Mac – Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui jenama Petronas Marine, telah memulakan perniagaan pengisian gas asli cecair (LNG) dengan rakan kongsi jangka panjang Tiger Gas.

Petronas berkata ini susulan penyempurnaan operasi pengisian LNG kapal kepada kapal yang pertama kira-kira 500 tan LNG untuk Tiger Maanshan, kapal kargo dek dwi-bahan api terbesar di dunia. 

“Tiger Gas menjadi pelanggan dari China yang pertama untuk perniagaan pengisian LNG Petronas,” katanya.

Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan Petronas Ahmad Adly Alias berkata syarikat minyak nasional komited untuk menjadikan kemampanan sebagai landasan operasinya di China dengan menyediakan penyelesaian tenaga yang akan membantu memacu kemajuan ke arah matlamat ‘dwi karbon’ republik itu selain menyumbang kepada pertumbuhan industri tenaga bersama rakan kongsi.

Pengerusi Tiger Group Gerry Wang pula berkata kumpulan dan Petronas telah mengekalkan kerjasama yang baik untuk tempoh yang lama.

“Hari ini, pengisian LNG kapal kepada kapal luar pesisir telah memendekkan pemulihan kapal pembawa LNG yang meletakkan asas yang kukuh untuk rantaian bekalan LNG yang lebih cekap dan hijau.

“Pada masa depan, Tiger Gas akan terus bekerjasama dengan Petronas untuk memudahkan peralihan tenaga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here