ROM, 11 Mac – Sebuah bot membawa kira-kira 500 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di luar pesisir pantai Sicily harus diselamatkan segera, rayu badan kebajikan Alarm Phone hari ini.

Rayuan itu dibuat ketika peningkatan ketibaan PATI menggunakan jalan laut dan kes kematian akibat bot karam.

Badan amal itu menerusi hantaran di Twitter, memaklumkan pihaknya ada menerima panggilan telefon daripada kapal PATI yang berdepan kesulitan.

Justeru, pihaknya sudah pun memaklumkan kepada pihak berkuasa dan menggesa mereka segera menghantar bantuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here