BEIJING, 11 Mac – Li Qiang, seorang sekutu paling dipercayai Presiden China, Xi Jinping disahkan sebagai perdana menteri hari ini ketika Jinping menegaskan pengaruhnya terhadap kepemimpinan tertinggi negara itu.

Li, bekas ketua Parti Komunis Shanghai yang mengawasi perintah berkurung selama dua bulan di bandar itu pada musim bunga lalu, dinamakan sebagai pengganti perdana menteri Li Keqiang.

Pemimpin berusia 63 tahun itu menerima hampir semua undi daripada lebih 2,900 perwakilan di Kongres Rakyat Kebangsaan sehari selepas Jinping dipilih sebulat suara untuk penggal ketiga yang dilihat melanggar norma sebagai presiden.

Usul Jinping mencalonkan Qiang sebagai perdana menteri dibacakan di dewan pada pagi tadi.

Pelantikan Qiang sebelum ini mencetuskan keraguan selepas beliau mengendalikan penutupan Shanghai, yang mana penduduk bergelut untuk mengakses makanan dan rawatan perubatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here