KUALA LUMPUR, 11 Mac – Tempoh pengundian bagi pemilihan UMNO 2023 peringkat sayap hari ini dilanjutkan sehingga jam 7 malam khusus bagi bahagian UMNO yang terkesan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad, berkata pihaknya pendekatan sama juga akan dilaksana pada persidangan 18 Mac depan sekiranya situasi banjir khususnya di Johor masih belum reda sepenuhnya.

Bagi lanjutan proses pemilihan peringkat sayap esok, JPU sudah memutuskan proses pemilihan di bahagian UMNO Parit Sulong di Batu Pahat, Johor dilanjutkan sehingga tempoh itu.

“Bagi bahagian-bahagian yang terkesan akibat banjir seperti Parit Sulong, JPU sudah memutuskan bahawa tempoh masa untuk mengundi boleh dilanjutkan sehingga jam 7 petang bagi membolehkan seberapa ramai perwakilan menyertai pemilihan UMNO di peringkat sayap di bahagian mereka.

“Sekiranya keadaan itu berlarutan juga sehingga 18 Mac, kaedah sama boleh juga dipakai oleh bahagian Parit Sulong atau bahagian-bahagian lain untuk keselesaan dan untuk melancarkan pengundian bolehlah diadakan tempoh pemilihan sehingga jam 7 petang pada hari yang sama,” katanya dipetik menerusi portal UMNO Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here