VIENNA, 16 Mac – Agensi nuklear bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendedahkan, kira-kira 2.5 tan uranium semula jadi dikesan hilang dari sebuah tapak di Libya.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, memberitahu negara anggota pertubuhan itu bahawa pemeriksa kelmarin mendapati 10 tong dram yang mengandungi pekatan bijih uranium ‘sebagaimana diisytiharkan sebelum ini telah tiada’ di lokasi terbabit.

Susulan itu, pihak agensi berkenaan memaklumkan dalam satu kenyataan, IAEA akan mengambil langkah seterusnya bagi mengenal pasti perkara berkaitan kehilangan bahan nuklear terbabit dan lokasi keberadaannya kini. Namun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai tapak berkenaan.

Pada 2003, Libya meninggalkan program pembangunan senjata nuklear yang dijalankan bawah bekas pemimpinnya, Muammar Gaddafi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here