Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan reman lelaki dikenali Datuk Roy selama empat hari berakhir Isnin depan.

Peguam bela lelaki berusia 54 tahun itu, Fahmi Abd Moin, berkata kebenaran itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin bagi membantu siasatan kes membabitkan beberapa individu lain dan pegawai SPRM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here