BANGKOK, 21 Mac – Parlimen Thailand dibubarkan hari ini manakala pilihan raya umum akan berlangsung pada Mei.

Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen.

“Langkah ini adalah untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat bagi membuat keputusan politik dengan Raja sebagai ketua negara.”

Di bawah perlembagaan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka bermesyuarat minggu ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

Bagaimanapun, pemerhati membuat spekulasi pilihan raya akan berlangsung sama ada pada 7 Mei atau 14 Mei iaitu hari Ahad.

Prayuth, 68, akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun had lapan tahun sebagai perdana menterinya berakhir pada 2025.

Untuk pemilihan tahun ini, beliau akan bertanding di bawah parti baharu- Parti Bangsa Thai Bersatu sebagai calon perdana menteri manakala Parti Palang Pracharath menamakan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan sebagai calon perdana menteri.

Prayuth telah mengetuai kerajaan campuran selepas pilihan raya umum 2019.

Sementara itu, difahamkan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kekal menjadi pilihan utama sebagai perdana menteri seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here