KUALA LUMPUR, 23 Mac – Hampir 800,000 cubaan serangan siber dicatatkan dari 2017 hingga 2021 berdasarkan statistik Cyber Security Malaysia (CSM).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata cubaan serangan siber semakin berleluasa di negara ini dan ia merupakan situasi yang membimbangkan kerana melibatkan kerugian kepada negara.

“Manakala pada Januari dan Februari tahun ini, setiap bulan berkenaan kita terima lebih 1,700 kes aduan panggilan scammer dan menurut Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ia melibatkan kerugian RM27 juta.

“Oleh sebab itu, kita nampak satu peningkatan peruntukan kepada CSM ini daripada RM9 juta pada 2022 kepada RM23 juta tahun ini dan RM10 juta kepada NSRC,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here