PUTRAJAYA, 1 April – Panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ia mendengar dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan serta hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd apabila Najib tidak diwakili secara sah, kata hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti menolak rayuan Najib semalam.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam itu berkata, sehubungan itu beliau berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebas dan dilepaskan.

Dalam alasan penghakiman bertulis setebal 78 muka surat, beliau berkata nampak jelas baginya bahawa telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa bahawa pemohon (Najib) dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.

Beliau berkata tidak dinafikan bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan yang amat serius, tetapi adalah penting orang tertuduh diwakili secara sah bagi menjamin wujudnya keadilan terhadap proses perbicaraan atau rayuannya.

“Keadilan bukan sahaja mengenai bersalah atau tidak bersalah orang yang dituduh. Ia juga tentang memberikannya perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus merasakan bahawa dia telah menjalani proses perbicaraan yang adil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here