KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM40,000 kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi membantu 200 anak yatim terpilih di Selangor. 

 Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mewakili YIDE bagi menerima sumbangan yang disampaikan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid pada program penyerahan sumbangan Aidilfitri di Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat dekat sini.

Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor berkata setiap anak yatim berkenaan akan menerima wang tunai berjumlah RM150 manakala RM50 akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime masing-masing.

Pada majlis itu, PTPTN juga menerima sumbangan RM60,550 daripada Cental Sugars Refinery Sdn Bhd bagi penabungan tambahan akaun Simpan SSPN buat kira-kira 900 anak yatim di 23 buah rumah anak yatim selian YIDE.

Dalam pada itu, PTPTN turut menyumbang RM5,000 kepada Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Hijrah bagi membaiki infrastruktur yang uzur, kelengkapan akademik serta membayar bil ulitiliti. 

Manakala Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan 100 kilogram beras kepada rumah anak yatim berkenaan sebelum beramah mesra bersama anak-anak yatim di sini dan menyampaikan duit raya kepada mereka. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here