GUA MUSANG, 6 April – Hampir 400 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan bertugas bagi menghadapi sebarang kes kecemasan seperti kemalangan atau bencana sepanjang musim perayaan ini. 

Timbalan Pengarah APM Kelantan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata sebagai langkah proaktif, agensi tersebut turut membekukan cuti kesemua anggotanya dalam tempoh tersebut.

“Antara kes yang kita beri perhatian ialah kes kecemasan seperti menyelamat dan khidmat kemanusiaan.

“Antara laluan panas yang dikenal pasti ialah Jalan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu yang sering mencatat kes kemalangan maut,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Iftar Ramadan bersama warga APM Gua Musang dan Penyampaian Sumbangan oleh Kolonel Bersekutu (PA) Che Ibrahim Che Ismail di Hentian Gua Musang di sini, malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here