Sebanyak 15,000 bekas bubur lambuk disediakan oleh lebih 200 sukarelawan pelbagai agensi sejak 2 pagi Sabtu menerusi program Bubur Lambuk Mega #KasihRamadan KPJ Healthcare di Masjid Negara sempena sambutan Nuzul Al-Quran dan Ramadan.

Menurut Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare Norhaizam Mohammad, kesemua bubur lambuk diedarkan kepada golongan B40 di kawasan Lembah Klang meliputi Bandar Tun Razak, Seri Serdang, Titiwangsa dan Lembah Pantai dengan menggunakan kereta elektrik (EV) Volvo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here