ANKARA, 13 April – New South Wales (NSW) Australia pada Khamis mengesahkan kematian pertama akibat tetanus dalam tempoh 30 tahun.

Pihak berkuasa kesihatan negeri (NSW Health) memaklumkan tiga kes tetanus telah dilaporkan pada tahun ini.

“Malangnya, NSW Health mengesahkan seorang wanita berusia 80-an dari Sydney meninggal dunia pada 1 April akibat tetanus. 

“NSW Health mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.”

Tiga pesakit telah dirujuk sebagai kes tetanus pertama yang dilaporkan di NSW sejak 2019, dan kematian pertama akibat tetanus sejak 1993.

Tetanus, adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam tanah. 

Bakteria berkenaan boleh menjangkiti luka dan menghasilkan toksin yang menyerang sistem saraf seseorang. 

Dr Christine Selvey, pengarah penyakit berjangkit di NSW Health, berkata di Australia, penyakit ini kebanyakannya berlaku pada golongan tua, biasanya wanita, yang tidak mendapat imunisasi mencukupi.

“Tetanus adalah penyakit yang jarang berlaku, tetapi boleh membawa maut. 

Suntikan vaksin adalah perlindungan terbaik terhadap tetanus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here