KUALA LUMPUR, 19 April – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bakal melancarkan hab pembayaran elektronik baharunya untuk menyediakan cara yang lebih lancar dan selamat bagi peserta pasaran dan orang ramai membuat pembayaran dalam talian kepada SC.

Dikenali sebagai e-Path, hab pembayaran elektronik itu membolehkan proses pembayaran dalam talian yang lebih mudah untuk pelbagai yuran kawal selia dan pendaftaran yang berkaitan dengan kebanyakan penyerahan yang dibuat kepada SC.

Ini termasuk yuran untuk permohonan tawaran awam permulaan, pemindahan penyenaraian serta pengambilalihan dan penggabungan.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei, hab pembayaran elektronik itu akan membantu menambah baik pengalaman pengguna secara keseluruhan melalui pemprosesan pembayaran yang lebih cekap, penyepaduan dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit dan debit, perbankan dalam talian dan akses kepada pengesanan status pembayaran secara masa nyata.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai e-Path, boleh melayari  https://path.sc.com.my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here