ISTANBUL, 9 Mei – Lionel Messi pada Isnin dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Dunia pada Anugerah Sukan Dunia Laureus, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Pencipta sejarah! Lionel Messi merupakan atlet pertama memenangi Anugerah Ahli Sukan Terbaik Dunia Laureus dan Anugerah Pasukan Terbaik Dunia Laureus pada tahun yang sama,” ciap Laureus.

Messi membimbing Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 dengan menewaskan juara 2018 Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti di Qatar.

Anugerah Pasukan Terbaik Dunia diberikan kepada pasukan kebangsaan Argentina, dan pemain tengah Manchester United,  Christian Eriksen memenangi Anugerah Kemunculan Semula Dunia Terbaik.

Eriksen, 31, diserang sakit jantung tahun lalu semasa perlawanan EURO 2020 di Stadium Parken Copenhagen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here