Pada Januari hingga April,  jumlah perdagangan luar Xinjiang melonjak 82.7% berbanding tempoh yang sama  tahun lepas dengan mencatat RMB94.95 bilion (RM61.38 bilion). Antaranya, pada  April sahaja, jumlah import eksport wilayah itu melambung 89%, mencecah RMB26.88  bilion (RM17.38 bilion).

Menurut Kastam China di Urumqi, wilayah Xinjiang, jumlah barangan eksport wilayah terbabit ke lima  negara Asia Tengah berturut-turut meningkat 4.9% dan 11.4% dan 14.4% pada  Februari, Mac dan April.

Pada empat bulan pertama,  jumlah rakan dagang bagi Xinjiang bertambah dari 160 buah kepada 165 buah.  Import eksport Xinjiang berkaitan Asia Tengah melambung 92.2% dengan mencapai  RMB75.11 bilion (RM486 bilion), iaitu 43.4% keseluruhan perdagangan kebangsaan China berkaitan Asia tengah, meningkat 12.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan tetap merupakan tiga rakan dagang terbesar bagi Xinjiang.

Selain itu, pengeskportan  elektronik permesinan Xinjiang ke Asia Tengah yang meningkat 76.5% beserta pakaian dan hiasan aksesori yang naik 66.7%, menyumbang 64.3% kepada keseluruhan  eksport wilayah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here