Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Uzbekistan, Shavkat Miromonovich Mirziyoyev di Xi’an, petang tadi.

Xi berkata beliau amat mengalu-alukan kehadiran Mirziyoyev untuk menyertai Sidang Kemuncak China-Asia Tengah di Xi’an serta melakukan lawatan rasmi ke China.

China dan Uzbekistan sepakat menterjemahkan visi komuniti berkongsi nasib melalui tindakan membabitkan dua hala semasa Xi melakukan lawatan rasmi ke negara itu pada September 2022, sekali gus menentukan orientasi baharu untuk hubungan bilateral.

Xi menyatakan China bersedia terus bersinergi dengan Uzbekistan bagi memantapkan kolaborasi dalam segenap dimensi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here