LONDON, 2 Julai – Elon Musk mengumumkan bahawa Twitter mengehadkan jumlah ciapan yang boleh dibaca dalam sehari buat sementara waktu, susulan beribu-ribu pengguna menghadapi masalah untuk mengakses laman sesawang itu.

Musk, yang mengambil alih Twitter pada Oktober selepas membelinya dengan harga US$44 bilion, mengumumkan pada hari Sabtu bahawa akaun yang disahkan telah dihadkan untuk membaca hanya 6,000 hantaran sehari, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Akaun yang tidak disahkan hanya boleh membaca 600 hantaran sehari, manakala akaun baharu yang belum disahkan terhad kepada hanya 300 hantaran, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu berkata Twitter telah melaksanakan tindakan itu untuk mengatasi tahap ‘data scraping’ & manipulasi sistem yang melampau”.

Di UK, seramai 5,126 pengguna mengadu tentang masalah mengakses Twitter pada 4.12 petang Sabtu, menurut laman sesawang Downdetector – yang menjejaki gangguan dalam talian.

Di AS, kira-kira 7,461 pengguna mengadu tentang isu yang sama setakat 4.15 petang waktu UK.

#Twitterdown dan RIP Twitter mula menjadi ‘trending’ apabila pengguna yang kecewa menerima mesej yang berbunyi “Had kadar melebihi. Sila tunggu beberapa saat dan cuba lagi”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here