KUALA LUMPUR, 10 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai promosi negara Malaysia berbilang bangsa sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah cubaan terdesak mantan perdana menteri itu untuk menarik perhatian dan dilihat relevan.

“Mantan PM itu (Dr Mahathir) telah kehilangan kerusi parlimen di Langkawi. Saya rasa kita tidak perlu ambil serius mengenainya. Ia adalah cubaan terdesak beliau untuk mendapat perhatian, untuk dilihat relevan.

“Saya akan jadikan beliau tidak relevan, saya tidak akan memberikan sebarang komen mengenainya (kenyataan Dr Mahathir),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong mengenai bantahan ramai terhadap kenyataan oleh bekas perdana menteri itu, yang menurutnya telah hilang pengaruh berikutan kegagalan besarnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.

Anwar berkata sebagai seorang berbangsa Melayu, beliau menghormati budaya Melayu, tradisi, bahasa dan Raja-raja Melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here