KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Kerajaan berharap untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak dalam industri tenaga boleh baharu (TBB) untuk memastikan peralihan yang adil dan sistematik, dengan mengambil kira trilema tenaga iaitu mampu bayar, jaminan bekalan dan kelestarian.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelaburan baharu kira-kira RM637 bilion (US$142 bilion) sehingga 2050 dalam TBB adalah diperlukan, yang termasuk pelaburan dalam sumber penjanaan TBB, mengukuhkan infrastruktur grid termasuk menambah baik talian penghantaran, penyepaduan sistem penyimpanan tenaga dan penambahan operasi rangkaian sistem grid.

Beliau berkata grid yang kukuh dan fleksibel adalah penting berikutan sasaran peningkatan TBB adalah berasaskan solar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here