MOSCOW, 28 Ogos – Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Gina Raimondo tiba di China untuk menjalin kerjasama antara Washington dan Beijing dalam bidang perniagaan dan pelancongan, lapor Sputnik yang memetik laporan akhbar Financial Times pada Ahad.

Lawatan Raimondo ke China akan berakhir pada 30 Ogos.

Pada Khamis, jurucakap Kementerian Perdagangan China Shu Jueting berkata dalam rundingan dengan Raimondo, kerajaan China merancang membincangkan usaha untuk mengatasi kekeruhan hubungan ekonominya dengan AS.

Perbalahan perdagangan terbaharu antara China dan AS berlaku pada akhir Mei apabila China mendakwa pengeluar semikonduktor AS, Micron gagal dalam pemeriksaan keselamatan siber dan oleh itu, infrastruktur maklumat kritikal China wajar menghentikan belian produk daripada syarikat itu.

Sebagai tindak balas, penggubal undang-undang AS dilaporkan menggesa Jabatan Perdagangan AS menyenaraihitamkan pengeluar semikonduktor bersepadu China, ChangXin Memory Technologies.

Pada April, AS dilaporkan meminta Korea Selatan menyekat eksport semikonduktornya ke China selepas ia (China) melancarkan siasatan keselamatan terhadap Micron.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here