KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan perbincangan dengan peneraju industri terkemuka empat syarikat perkapalan antarabangsa utama dalam lawatan kerja ke Eropah baru-baru ini.

Menterinya Anthony Loke berkata perbincangan perbincangan itu berkisar tentang cita-cita Malaysia menjadi destinasi pilihan global untuk pemunggahan penghantaran barang dan logistik, serta komitmen penyahkarbonan negara dalam sektor maritim.

“Inisiatif-inisiatif ini penting untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah perdagangan antarabangsa dan mencapai matlamat Ekonomi MADANI,” katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.

Semasa lawatan kerja itu, Loke telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) A.P. Møller – Mærsk Vincent Clerc di Copenhagen, Denmark; Ketua Pegawai Eksekutif Hapag-Lloyd AG Rolf Habben Jansen dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Mark Frese di Hamburg, Jerman.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MSC Kapt Gianluigi Aponte dan Presiden Kumpulan Diego Aponte di Geneva, Switzerland; serta Ketua Pegawai Eksekutif CMA CGM Rodolphe Saadé di Marseille, Perancis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here