BEIJING, 5 Okt – Stesen janakuasa angin yang mempunyai altitud paling tinggi di China mula beroperasi di pekan Drigug, kaunti Tsomai di wilayah Tibet, apabila 25 unit turbin angin mula berjalan dan disambungkan ke grid pada Rabu.

Menurut syarikat tenaga China, Kumpulan Tiga Gaung, unit janakuasa angin di ladang itu dipasang di tempat beraltitud 5,000 meter hingga 5,200 meter, dengan kapasiti keseluruhan mencapai 72.6 megawatt.

Antaranya, unit yang berkapasiti paling besar adalah sebanyak 3.6 megawatt, iaitu unit janakuasa angin terbesar di kawasan beraltitud ultra tinggi di negara ini.

Pada masa ini, bekalan tenaga di wilayah Tibet kebanyakannya bergantung pada janakuasa hidroelektrik dan fotovoltaik.

Keadaan ini mengakibatkan bekalan tenaga lebih pada musim panas dan waktu siang, kurang pada musim sejuk dan waktu malam.

Apabila penjanaan hidroelektrik tidak mencukupi pada musim kering pada musim sejuk, Ladang Janakuasa Angin Drigug Tsomai dapat menjadi pelengkap bekalan tenaga di Tibet.

Menurut Kumpulan Tiga Guang, apabila ladang angin tersebut beroperasi dengan kapasiti penuh, ia dapat menjana elektrik sebanyak 200 juta kilowatt-jam setahun, mampu memenuhi permintaan penggunaan elektrik bagi 140,000 isi rumah di kawasan sekitar sepanjang tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here