KUALA LUMPUR, 2 Nov – AirAsia X (AAX) meraikan ulang tahunnya yang ke-16 dengan jualan kilat istimewa 72 jam.

Jualan kilat itu, yang bermula hari ini hingga 4 Nov, sah untuk perjalanan sehingga 30 Sept 2024, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX Benyamin Ismail berkata memandangkan lebih banyak pesawat kembali beroperasi selepas pandemik, syarikat penerbangan itu juga berharap untuk memperkenalkan lebih banyak penerbangan ke destinasi popular sedia ada dan destinasi baharu, yang akan terus diperkenalkan berdasarkan permintaan pengguna.

“Kami juga berbesar hati  dengan permintaan berterusan untuk perkhidmatan kami dari segenap pasaran utama kami, dan sudah pun meningkatkan jumlah penerbangan ke destinasi utama kami seperti Tokyo, Taipei, Sydney dan Auckland untuk memenuhi permintaan ketara menjelang musim perjalanan puncak akan datang,” katanya.

Destinasi sulung syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana itu ialah Gold Coast, Australia, pada 2 Nov 2007.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here