KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pameran Perdagangan Budaya China Jiangsu Pertama (Malaysia) akan berlangsung di Ruang 1-2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Malaysia dari 17 hingga 19 November 2023. Acara ini diselenggarakan oleh Jabatan Perdagangan Wilayah Jiangsu dan telah mendapat sokongan besar dari Kedutaan Besar China di Malaysia, pihak berkuasa tempatan, persatuan perdagangan, di Malaysia. Tema pameran tahun ini adalah “Penyatuan Melalui Budaya dan Berkembang pesat dalam Perdagangan.” Lebih dari 100 peserta pameran dari Jiangsu akan mempamerkan pelbagai produk yang berkonsepkan warisan budaya yang unik, termasuk tenunan Yunjin, seramik tanah liat ungu, dan sutera. Mereka juga akan berkongsikan  maklumat digital yang terkait dengan acara permainan secara maya, animasi, perisian, hak cipta dan kekayaan intelektual. Selain itu, akan ada perbincangan mengenai layanan khusus seperti perubatan tradisional Cina , gastronomi, pelancongan dan pendidikan antarabangsa. Pameran ini akan menampilkan promosi, jerayawara kebudayaan dan pemadanan perniagaan bersama usahawan. Kami dengan berbesar hati ingin mengundang semua usahawan dari Malaysia dan individu dari pelbagai latar belakang untuk bergabung dan bersama  kami di pameran ini dan merasakan pengalaman mengenai  pesona Jiangsu.

Wilayah Jiangsu terletak di bahagian tengah hilir Sungai Yangtze, di persimpangan Jalur Ekonomi Sutera dan Jalur Sutera Maritim Abad ke-21. Dengan keunggulan geografi yang unik, Jiangsu memiliki keluasan wilayah sebesar 107,200 kilometer persegi dan menjadi tempat tinggal bagi 85.15 juta penduduk tetap. Pada tahun 2022, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Jiangsu mencapai RMB12.29 trilion secara konsisten dan menjadi wilayah ekonomi kedua terbesar China selama 30 tahun. Sebagai wilayah yang terbuka dan berpandangan maju, Jiangsu berhasil menarik manfaat pelaburan asing sebesar USD30.5 bilion dan mencapai jumlah perdagangan luar negeri sebanyak RMB5.45 trilion pada tahun 2022, berada di kedudukan pertama dan kedua di China. Selain itu, perdagangan luar negeri Jiangsu melebihi USD57.09 bilion, menjamin posisi paling utama di seluruh negeri. Wilayah Jiangsu memiliki tradisi dan sumber budaya yang kaya dengan skala perdagangan budaya yang berada di antara tiga tangga teratas  di China. Selain warisan budaya yang melimpah, seperti tenunan Yunjin, sulaman Suzhou, ukiran batu zamrud dan seramik tanah liat ungu, Jiangsu terkenal dengan ubatan secara tradisional Cina dan Masakan Huaiyang. Perkhidmatan dan produk berkait rapat dengan animasi, permainan secara maya, filem dan televisyen, dokumentari dan perdagangan hak cipta telah memperluas kehadiran Jiangsu di pasaran global, mendapatkan populariti di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here