SEOUL, 24 Nov – Amaran gelombang sejuk dikeluarkan di Korea Selatan ketika suhu menjunam di bawah paras sifar di seluruh negara, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap pada Jumaat.

Suhu sekitar tujuh hingga 15 darjah Celcius direkodkan pada pagi Jumaat berbanding hari sebelumnya dan bacaan di bawah sifar direkodkan di seluruh negara, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

KMA mengeluarkan amaran gelombang sejuk di Seoul pada malam Khamis dan suhu terendah diramalkan kekal di bawah -12 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut.

Nasihat itu turut dikeluarkan di wilayah Gyeonggi, sekitar Seoul, wilayah Gangwon dan wilayah tenggara, termasuk bandar pelabuhan Busan.

Cuaca sejuk dijangka berterusan hingga hujung minggu ini.

Kementerian Dalam Negeri meningkatkan tahap amaran kepada “berjaga-jaga”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here