PUTRAJAYA, 28 Dis – Program Memfail Borang Nyata (BN) Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2024 telah dimuat naik sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan panduan itu boleh diakses melalui portal www.hasil.gov.my atau menerusi capaian pantas yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan Inggeris di https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf serta https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf.

Menurut kenyataan itu LHDN akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi semua perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan portal MyTax mulai 1 Jan 2024.

“Pelaksanaan mandatori e-Perkhidmatan itu turut melibatkan keperluan untuk pengemukaan BN secara e-Filing yang merangkumi beberapa kategori pembayar cukai.

“Kategori itu ialah syarikat, perkongsian liabiliti terhad, koperasi dan amanah, individu, perkongsian, pertubuhan dan harta pusaka, operasi petroleum, majikan – syarikat/syarikat Labuan, serta majikan – selain syarikat/syarikat Labuan,” menurut kenyataan itu.

Menurut LHDN majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Pra-isi/e-CP8D bagi tahun saraan 2023 yang dilampirkan bersama-sama Program Memfail BN 2024 bagi tujuan penyediaan maklumat saraan pekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here