KUALA LUMPUR, 29 Feb – Rang Undang-Undang (RUU) Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. 

Timbalan Menteri Kewangan II Lim Hui Ying yang membentangkan RUU tersebut berkata bacaan kali kedua turut dijadualkan berlangsung pada sesi kali ini.

Menurut dokumen yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan, antara lain, kebolehterimaan keterangan dalam prosiding perbicaraan bagi kesalahan yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen.

Pindaan yang dicadangkan juga bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah yang di hadapannya pendakwaan telah dijalankan untuk membuat perintah pelucuthakan bagi apa-apa harta yang disita di bawah Akta 731.

Pindaan tersebut melibatkan Pindaan Am, Pindaan seksyen 1, seksyen 2, seksyen 4, seksyen 12, seksyen 23, seksyen 66, seksyen 66A, seksyen 86, seksyen 89A, seksyen 92 serta Pindaan jadual dalam RUU tersebut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here