KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kementerian Ekonomi hari ini memaklumkan bahawa satu Memorandum Jemaah Menteri sedang disediakan dalam menentukan hala tuju sistem pengangkutan awam yang cekap dan inklusif di Johor Bahru.

Kementerian itu menerusi jawapan di laman sesawang Parlimen menyebut sebarang keputusan berkaitan sistem pengangkutan awam yang akan dilaksanakan di Johor Bahru adalah berdasarkan fakta dengan mengambil kira beberapa faktor seperti tahap perkhidmatan, kapasiti kenderaan dan kos pelaburan.

“Ini bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dalam menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pertimbangan terhadap sesuatu projek pembangunan adalah berdasarkan kepada keutamaan serta keperluan pelaksanaan sesuatu projek dengan mengambil kira aspek tahap kebolehlaksanaan dan daya maju projek bagi menyokong ketersediaan pengangkutan awam yang mampan dalam jangka panjang.

Kementerian itu menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin tahu sama ada ia akan meneruskan projek BRT atau bertukar untuk membangunkan LRT Johor Bahru dan pertimbangan dalam menentukan pembangunan sistem pengangkutan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here