KUCHING, 28 Mei – Pengamal media sambilan seluruh negara akan menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh satu tahun mulai 1 Julai ini, demikian diumum Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menampung sepenuhnya caruman itu. 

Sehubungan itu beliau meminta semua organisasi media berdaftar mengemas kini data masing-masing bagi memudahkan bantuan berkenaan disalurkan oleh kementerian.

“Berdasarkan data Jabatan Penerangan 565 pengamal media yang berdaftar adalah bertaraf sambilan ataupun stringers, dan Perkeso mengesahkan 538 daripadanya tiada caruman Perkeso, namun layak didaftarkan,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini petang ini.

Kemuncak sambutan HAWANA 2024 yang bertema “Etika Teras Kewartawanan” dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Hadir sama, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, di samping kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu Fahmi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform media sosial bagi membincangkan isu berkaitan kos pengiklanan, dan berharap ada berita baik dapat diumumkan pada Jun ini.

Bagi menghargai pengorbanan rakan-rakan media, Fahmi turut mengumumkan pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media akan dilaksanakan untuk tahun kedua pada bulan kebangsaan nanti.

“Pada Bulan Kebangsaan nanti, pengamal media tak perlu membayar bil telefon,” katanya.

Selain itu, Fahmi berkata organisasi media berdaftar yang belum melanggan kadar korporat yang ditawarkan oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO), boleh terus berhubung dengan pengendali bagi mendapatkan kadar korporat khas untuk pengamal media bermula 1 Julai 2024.

Sambutan HAWANA adalah acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dengan edisi tahun ini berlangsung di Sarawak dan mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”.

Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak. Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) adalah agensi pelaksana.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media tempatan kepada negara.

Bernama Chairman Datuk Seri Wong Chun Wai, Chief Executive Officer Nur-ul Afida Kamaludin and Editor-in-Chief Arul Rajoo Durar Raj were also present.

Meanwhile, Fahmi said he will hold a meeting with social media platform operators to discuss issues related to advertising costs and hoped that some good news can be announced this June.

In appreciation of the media’s sacrifice, Fahmi also announced that telephone bill rebate for post-paid plan under RAHMAH Rebate Incentive for Media Practitioners will be implemented for the second year in the national month.

“During National Month, media practitioners will not have to pay phone bills,” he said.

Apart from that, he said registered media organisations that have not yet to subscribe to the corporate rate offered by the mobile network operator (MNO), can continue to contact the operator to obtain a special corporate rate for media practitioners from July 1, 2024.

The HAWANA celebration is the largest gathering of Malaysian journalists with this year’s edition taking place in Sarawak with the theme “Ethics at the Core of Sustainable Journalism”.

This gathering of Malaysian journalists is organised by the Ministry of Communications in collaboration with the Sarawak state government. The Malaysian National News Agency (Bernama) is the implementing agency.

May 29 has been gazetted as National Journalists’ Day in conjunction with the publication of the first edition of the Utusan Melayu newspaper on May 29, 1939, to celebrate the contribution of local media practitioners to the country.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here