BEIJING, 31 Mei – Menurut “kenyataan lokasi tumpuan sinar matahari tentang peningkatan kerjasama tangani krisis iklim”, satu aktiviti kerjasama China-AS mengenai isu iklim telah diadakan di peringkat daerah di Berkeley, negeri California AS pada Rabu lalu waktu tempatan, bertepatan dengan kata sepakat yang tercapai oleh pemimpin China dan AS dalam pertemuan mereka di San Francisco sebelum ini.

Sebahagian projek kerjasama yang penting termasuk rancangan kerjasama pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan karbon antara Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China dengan Jabatan Sumber Tenaga AS, dan MOU persefahaman kerjasama antara NDRC dengan negeri California telah diumumkan dalam aktiviti tersebut.

Selain itu, kedua-dua pihak juga membuahkan hasil yang lain seperti memeterai proejk “Temui keindahan: program interaksi penyelidikan untuk pemimpin iklim masa depan di golongan remaja China-AS” anjuran bersama Pusat Kerjasama dan Interaksi Luar Kementerian Persekitaran Ekologi China dan Akademi Iklim California AS-China, serta dokumen kerjasama antara Guangdong, Hainan China dengan California AS.

Naib Pengerusi NDRC China, Zhao Chenxin berkata, kerjasama China-AS dalam sektor iklim di peringkat negeri dan provinsi mempunyai asas kukuh. Pelbagai pihak diharapkan menjalankan interaksi dan kerjasama secara substantif.

Turut hadir dan berucap, Naib Duta Khas Presiden AS bagi Hal Ehwal Iklim, Rick Duke dan Cabenor California, Gavin Newsom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here