BEIJING, 31 Mei – Presiden China Xi Jinping berkata China bersedia bekerjasama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memperkukuh kesalingpercayaan politik, berganding tangan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-UAE.

Beliau berkata demikian dalam rundingan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Beijing, pada Khamis.

Xi menyatakan, China menyokong UAE menempuh jalan pembangunan bebas, menyokong negara itu memelihara kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan. 

“UAE ialah rakan kongsi strategik komprehensif yang penting bagi China. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan kedua-dua negara mengekalkan trend perkembangan baik dan menjadi teladan bagi hubungan antara China dan negara-negara Arab pada era baharu,” kata Xi.

Beliau menekankan bahawa China bersedia berganding bahu dengan UAE untuk mempromosikan pembinaan berkualiti tinggi inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, agar mendorong kerjasama kedua-dua pihak melakar lebih banyak hasil.

“Selain itu, kita harus merapatkan kerjasama dalam sektor perdagangan, tenaga, dan prasarana, di samping meluaskan kerjasama melibatkan sektor teknologi maklumat, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan tenaga baharu,” kata Xi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here