BEIJING, 2 Jun – Menteri Pertahanan China, Dong Jun telah menyampaikan ucaptama melibatkan “konsep China tentang keselamatan global” dalam Dialog Shangri-la di Singapura pagi tadi.

Menurut Dong, China mengemukakan 6 cadangan untuk membentuk landskap baharu dalam kerjasama keselamatan serantau yang disertai pelbagai negara secara sama rata, tanpa konfrontasi antara kem, yang menekankan komunikasi yang ramah mesra, ikhlas, terbuka dan telus, dan kondusif bagi Asia-pasik memainkan peranan sebagai penggerak bagi kestabilan pembangunan global.

Keenam-enam cadangan itu merangkumi perlindungan terhadap hak dan kepentingan keselamatan milik setiap negara, pemeliharaan terhadap order antarabangsa yang adil dan rasional, memanfaatkan struktur keselamatan rantau, mendorong kerjasama pertahanan yang terbuka, melakukan yang boleh diteladani dalam kerjasama keselamatan maritim, dan meningkatkan tadbir urus dalam bidang keselamatan yang baharu.

China berpendirian bahawa perlu mengekalkan amalan multilateralisme yang sebenar dalam urusan keselamatan rantau ini. Hakikat berkenaan membuktikan bahawa struktur dan kerangka kerjasama rantau yang berpusatkan ASEAN adalah rasional, berkesan dan diterima secara menyeluruh. China akan terus menyokong landskap yang berpusatkan ASEAN, menentang sebarang perbuatan yang bertujuan mengetepikan ASEAN, bersedia meningkatkan penyelarasan dengan ASEAN dalam pelaksanaan rancangan strategik masing-masing dalam bidang pertahanan, mengintensifkan kerjasama secara substantif dalam mekanisme persidangan menteri pertahanan ASEAN+ supaya dapat bersama-sama meningkatkan keupayaan perlindungan keselamatan serantau.

Sesetengah negara diharap kembali ke landasan betul untuk berdialog dan berunding supaya bersama dengan negara lain di rantau ini membangunkan Laut China Selatan ke arah yang aman, persahabatan dan kerjasama. 

Dalam ucaptama itu, Dong menegaskan bahawa China konsisten dalam mengamalkan prinsip damai, pembangunan, sama untung dan tadbir urus bersama, melaksanakan Inisiatif Keselamatan Data Global dan Inisiatif Pentadbiran AI Global, mengadakan dialog tentang bidang keselamatan baharu sesama pelbagai negara, membentuk dan menyempurnakan peraturan mengenai tadbir urus, mengeluarkan suara yang berkaitan dengan kepentingan negara-negara membangun serta mendorong rakyat pelbagai negara mendapat faedah daripada teknologi baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here