MOSCOW, 13 Jun – Kebakaran besar berlaku di fasiliti penyimpanan asfalt sebuah loji penapis minyak di wilayah Erbil, utara Iraq pada Rabu, lapor Sputnik yang memetik maklumat penyiar Rudaw.

Menurut penyiar itu, punca kebakaran masih tidak diketahui.

Puluhan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu.

Seorang saksi memaklumkan dia mendengar bunyi letupan dan menyifatkannya sebagai “dentuman besar”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here