JAKARTA, 20 Jun – Gunung Merapi antara gunung berapi paling aktif di Jawa Tengah dan Yogyakarta baru-baru ini memuntahkan lava dan aliran piroklastik sehingga 1.5 kilometer dari puncak.

Aliran-aliran ini mengalir ke arah hulu sungai berdekatan, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat.

Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) memaklumkan aliran itu menuju ke Sungai Bebeng pada 8.55 malam (waktu tempatan) Selasa.

“Gunung berapi itu mengeluarkan asap putih bertekanan rendah, mencapai ketinggian 25 hingga 50 meter.

Terdapat satu aliran piroklastik dan 11 aliran lava, semuanya mengarah ke barat daya dengan jarak maksimum 1.5 km, menurut laporan terkini BPPTKG pada Rabu.

“Unjuran bahan gunung berapi sekiranya berlaku letusan boleh mencapai radius tiga kilometer dari puncak,” menurut agensi itu ambil menambah bahawa aliran magma yang berterusan boleh mencetuskan lava dan piroklastik dalam zon bahaya.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, memandangkan status Amaran Gunung Merapi pada Tahap III sejak November 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here