BEIJING, 21 Jun – China mempunyai kapasiti loji jana kuasa tenaga boleh baharu (TBB) yang baru dibina pada tahun 2023 yang terbanyak di dunia, iaitu lebih banyak dari selebihnya dalam senario global.

Demikian ditunjukkan dalam satu laporan yang disiarkan Persatuan Perindustrian Tenaga Britain semalam.

Menurut laporan yang disusun bersama dengan KPMG dan Syarikat Kauseling Kearney, China mempunyai hampir separuh sistem bateri penyimpan tenaga di seluruh dunia yang dipasang pada tahun 2023. Sementara itu, China juga mempunyai kira-kira satu perempat kapasiti loji jana kuasa tenaga suria dan 66 peratus kapasiti loji jana kuasa tenaga angin yang baru dipasang di seluruh dunia pada tahun yang sama.

Merujuk pada laporan yang disiarkan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Januari, China akan mempunyai hampir 60 peratus kapasiti loji jana kuasa  TBB dalam senario global menjelang tahun 2028.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here