BEIJING, 19 Jun – Kolaborasi digital antara China dengan ASEAN yang semakin rancak telah menyuntik tenaga baharu kepada perkembangan hubungan bilateral.

Demikian dinyatakan seorang pegawai dari Pejabat Maklumat Internet Kebangsaan China dalam Dialog Tadbir Urus Digital China-ASEAN yang diadakan di bandar Guilin wilayah Guangxi pada Rabu.

Menurut pegawai itu, sebagai satu komuniti berkongsi nasib, China dan ASEAN diharap mengintensifkan penyelarasan antara kedua-dua pihak dalam tadbir urus dan pelaksanaan peraturan, serta memperjuangkan matlamat untuk menampil ke pentas dunia dengan membawakan pencapaian baharu dalam bidang tadbir urus digital. Selain itu, kedua-dua pihak juga diharap bersama-sama merebut peluang yang wujud pada zaman ini, bersemangat ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’ dalam menjaga kedamaian di dunia siber, serta mempertahankan amalan multilateralisme.

Yang dijadikan topik dalam sesi perbincangan terbabit merangkumi pelaksanaan dasar dan praktik di pelbagai negara yang berkisar pada ‘Tadbir Urus Berdasarkan Aplikasi Kecerdasan Buatan’, ‘Tadbir Urus Digital” dan “Kerjasama Kecemasan Keselamatan Siber”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here