KUALA LUMPUR, 21 Jun – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang menyatakan komitmen mereka untuk menggalakkan dunia multipolar yang saksama dan teratur serta globalisasi ekonomi yang memberi manfaat dan inklusif secara universal.

Dalam kenyataan bersama antara China dan Malaysia mengenai Meningkatkan Kerjasama Strategik Komprehensif Ke Arah Komuniti China-Malaysia dengan Masa Depan Bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa dunia sedang melalui perubahan yang pesat dan telah memasuki tempoh baharu ketidakstabilan dan transformasi.

“Kedua-dua negara merupakan wakil penting untuk negara-negara sedang membangun di Asia dan ekonomi sedang pesat membangun.

“Kepentingan hubungan dua hala yang strategik terus diketengahkan, yang penting bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga masa depan rantau ini, meningkatkan perpaduan dan kerjasama ‘Global South’,” menurut kenyataan itu. 

Li berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia. Lawatan itu merupakan lawatan sulungnya ke Malaysia selepas menyandang jawatan tersebut pada Mac tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here