KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan, termasuk perniagaan, masyarakat serta individu agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan selain mewujudkan sinergi untuk memacu perubahan bermakna bagi Malaysia.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau turut menekankan bahawa penerapan prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melangkaui aspek pematuhan semata-mata dan memerlukan anjakan minda untuk mencapai prinsip pengawasan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan kecemerlangan tadbir urus.

“Di Malaysia, kita telah mengambil pendirian yang progresif ke arah penyahkarbonan dan agenda kelestarian yang lebih besar.

“Malah, konsep MADANI yang merupakan etos pembangunan negara, meletakkan aspek kemampanan sebagai salah satu daripada tujuh prinsip terasnya,” kata beliau pada majlis pelancaran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama di Asia di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here