WELLINGTON, 24 Jun – Sekitar 100,000 kediaman terputus bekalan elektrik selepas  sebuah pencawang di wilayah Northland, New Zealand tumbang pada Khamis.

Bekalan elektik berjaya dipulihkan pada Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Transpower, Alison Andrew berkata bahawa kru dari Omexom sedang menjalankan penyelenggaraan rutin pada plat asas ketika pencawang itu tumbang.

“Semua nat yang mengikat pencawang pada plat asas di tiga kaki telah dibuka, menyebabkan menara itu terangkat dari plat asas dan tumbang.

“Ia adalah kejadian yang luar biasa dan tidak dapat dibayangkan bahawa begitu banyak nat dibuka serentak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata siasatan penuh telah dilancarkan.

“Kami bersyukur tiada yang cedera ketika kejadian, namun kegagalan untuk mengikuti prosedur menyebabkan gangguan kuasa yang signifikan hingga memberi kesan kepada penduduk Northland.

“Kami komited untuk belajar daripada kesilapan dan melaksanakan kawalan tambahan,” kata Andrew.

Pekerja yang terlibat telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here