BEIJING, 26 Jun – Kementerian Luar China pada Selasa berkata pihaknya akan melanjutkan dasar pengecualian visa kepada pemegang pasport New Zealand, Australia dan Poland.

Pada hari yang sama, jurucakap Kementerian Luar  Mao Ning memberitahu dalam satu taklimat akhbar bahawa mulai 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2025, warga negara berkenaan yang memiliki pasport biasa akan dibenarkan masuk dan berada di China tanpa visa sehingga 15 hari untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat saudara mara dan rakan-rakan, serta transit.

Individu dari negara-negara berkenaan yang tidak memenuhi kriteria pengecualian visa masih perlu mendapatkan visa China sebelum memasuki negara ini, kata Mao.

“Pada masa yang sama, diharapkan negara-negara berkenaan dapat memberikan lebih banyak kemudahan visa kepada warga negara China,” kata jurucakap itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here