MOSCOW, 26 Jun – Siberia barat Rusia sedang mengalami gelombang haba yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan suhu di beberapa wilayah memecahkan rekod sejak 50 tahun lalu, kata pihak berkuasa cuaca tempatan pada Selasa.

Ketua perkhidmatan ramalan cuaca Jabatan Hidrometeorologi dan Pemantauan Alam Sekitar Siberia Barat, Natalia Kichanova berkata suhu di wilayah seperti Novosibirsk dan Kemerovo Oblast serta Wilayah Altai dan Republik Altai, telah melepasi rekod yang dicatat pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Kichanova menyatakan bahawa gelombang haba itu dijangka berterusan di Siberia barat sehingga akhir Jun dengan suhu selepas itu dijangka menurun kepada julat 17-25 darjah Celsius, disertai dengan hujan.

Beliau menjelaskan bahawa suhu luar biasa itu disebabkan oleh udara panas yang bergerak dari Asia Tengah, dengan “rabung haba” di atmosfera menjadikannya lebih panas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here