GEORGE TOWN, 26 Jun – Semua istiadat dan majlis rasmi sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, telah ditangguh dan akan dilaksanakan bermula 27 Julai hingga 1 Ogos 2024.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang, merangkap Pengerusi Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri berkata penangguhan ini, berikutan pertindihan tarikh Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, pada 20 Julai.

“Bagaimanapun tarikh 13 Julai 2024 telah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am sempena sambutan Hari Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here