BEIJING, 27 Jun – China menzahirkan ketidakpuasan dan bantahan keras terhadap tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang memasukkan syarikat China ke dalam seranai sekatan terhadap Rusia, pada Rabu.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China mengatakan, EU tidak menghiraukan nasihat berkali-kali oleh China, berkeras memasukkan syarikat China dalam senarai sekatan pusingan ke-14 terhadap Rusia.

“Inilah sekatan sepihak dan tindakan menjangkau kuasa ke atas negara lain tanpa asas undang-undang antarabangsa dan amanah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

“Tindakan tersebut membelakangi konsensus yang dicapai pemimpin China dan Eropah, serta akan menjejaskan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak,” kata jurucakap itu. 

China menuntut EU menggugurkan nama syarikat China daripada senarai sekatan terbabit tanpa syarat. Sementara itu, China akan dengan tegas memelihara hak dan kepentingan sah syarikatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here