BEIJING, 28 Jun – Perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara China dan Serbia akan dikuatkuasakan pada 1 Julai. 

Menurut portal Kementerian Perdagangan China, setelah perjanjian itu dikuatkuasakan, sebanyak 90 peratus tarif antara kedua-dua negara akan dibatalkan secara berperingkat, antaranya lebih 60 peratus tarif akan dibatalkan dengan serta merta.

FTA yang ditandatangani pada 17 Otk 2023 itu antara langkah penting untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara serta hasil Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan edisi ketiga. 

Selain itu, penguatkuasaan FTA itu juga diyakini akan menyuntik daya penggerak baharu bagi mempererat hubungan perkongsiaan strategik komprehensif China-Serbia serta pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Serbia pada era baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here