BEIJING, 28 Jun – ‘Pintar hijau, tukar beli, diskaun sehingga 15 peratus’, ‘subsidi ganti alatan rumah pintar, tawar potongan harga 10 peratus’… poster promosi umpama boleh dilihat di mana-mana sahaja ketika melangkah masuk pelbagai kedai perkakas rumah.

Mutakhir ini, program perniagaan tukar beli dilancarkan di serata China dengan tawaran pelbagai bentuk subsidi berserta baucar penggunaan. 

Didorong oleh insentif berkenaan, ramai pengguna memilih menggantikan perkakas rumah lama mereka dengan produk baharu yang lebih mesra alam dan menjimatkan tenaga sehingga mencetuskan trend perbelanjaan hijau.

Menurut laporan kumpulan pemikir, pengguna China semakin cenderung kepada program tukar beli apabila membeli produk 3C seperti telefon pintar dan komputer.

Pada masa sama, syarikat terbabit juga memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang pintar dan hijau.

Pusingan baharu program pengemaskinian peralatan secara berskala besar serta tukar beli barangan pengguna merupakan satu inisiatif yang bukan sekadar menyasar syarikat domestik, malah juga perusahaan pembuatan antarabangsa.

Ia bertujuan membolehkan syarikat dari seluruh dunia berkongsi faedah daripada pembaharuan dan pembangunan berkualiti negara Tembok Besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here