TEHRAN, 28 Jun – Kira-kira 61 juta pengundi di Iran pada Jumaat akan memilih presiden baharu negara itu selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter, Mei lalu.

Pusat pengundian akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang (0430-1430 GMT), dengan kemungkinan dilanjutkan.

Hanya empat calon bertanding dalam dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 selepas dua calon konservatif menarik balik pencalonan mereka awal minggu ini.

Majlis Penjaga, sebuah badan penyelia pilihan raya konservatif sebelum ini meluluskan enam calon mengambil bahagian dalam pemilihan itu.

Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), calon yang dilihat mempunyai peluang terbaik untuk memenangi pilihan raya ialah Saeed Jalili, bekas perunding nuklear, Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf dan bekas menteri kesihatan, Masoud Pezeshkian.

Jika tiada calon yang memperoleh majoriti mutlak, undian pusingan kedua akan diadakan pada 5 Julai.

Keputusan awal pilihan raya dijangka diumumkan pada Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here